Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Berdiam Diri Kes Cerai Karisma, Kareena Kapoor Jaga Aib Kakak

Ahmad Shah 15/03/2016 | 10:09 MYT

Selepas mengambil pendekatan untuk berdiam diri, akhirnya Kareena Kapoor mengeluarkan kenyataan mengenai penceraian kakaknya, Karisma.

Menurut Kareena, dia tidak pernah bertanyakan masalah rumah tangga yang dihadapi Karisma selain tidak mahu memperbesarkan isu tersebut.

“Waktu yang sukar buat Karisma. Saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan mengenai masalah rumah tangga yang dihadapinya dengan suami kerana ingin menjaga aibnya.

“Saya sangat menghormati Karisma dan apa sekalipun laporan mengenai penceraian rumah tangganya dalam media saya mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri,” katanya.

Disember tahun lalu, Sanjay menuntut permohonan cerai selepas menuduh Karisma berkahwin dengannya kerana wang. Dia juga mendakwa Karisma tidak menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan menantu dengan baik dan tidak bertanggungjawab.

Sebutan kes semula penceraian Karisma dan Sunjay akan diadakan pada 8 April ini.

Karisma Kapoor dan Sanjay Kapur mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Samaira dan Kiaan.

Olahan Semula : Khalid Rahman

Sumber Oleh: India Today, Pink Villa

#Bollywood #Penceraian
;