Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Berdiri Atas Satu Pentas Dengan Pelakon Korea, Netizen Terpesona Dengan Kecantikan Siti Saleha

Firdaus
26/09/2024 08:35 MYT
Pelakon jelita, Siti Saleha meraih tumpuan warganet apabila berada di atas satu pentas bersama aktres dari Korea Selatan, Kim Hye Yoon.

Netizen Puji

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, dapat dilihat kedua-dua pelakon anggun berada di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang berlangsung, pada Rabu.

Kim Hye Yoon dan Siti Saleha merupakan penerima anugerah dalam majlis tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Siti Saleha di samping memuji paras rupa aktres tersebut yang tampak berseri dengan busananya yang berona kuning cair.



Untuk info, Siti Saleha telah mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik – Malaysia menerusi drama bersiri SeOfis.

Dalam kemenangan tersebut, Siti Saleha berjaya mengenepikan pesaing dari negara Asia lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina termasuk negara tuan rumah, Korea Selatan.

#Siti Saleha #Netizen #Korea #Cantik #hiburan #Puji
;