Laman Utama

Berebut Anak, Noh Salleh Dedah Kehidupannya Sukar Selepas Bercerai 6 Bulan Lalu

gempak
Syafiqah Jalal
05/07/2023
23:02 MYT
Sponsor Banner
Berebut Anak, Noh Salleh Dedah Kehidupannya Sukar Selepas Bercerai 6 Bulan Lalu
Penyanyi Noh Salleh akui kehidupannya sukar selepas bercerai enam bulan lalu dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina, 43.
Malah Noh, 38, memberitahu dalam tempoh itu juga dia terpaksa berebut hak penjagaan anak angkatnya dengan bekas isteri sebelum bercerai iaitu Musa, 2.
"Lagu Manusia (nyanyian David Bayu) benar-benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar.
"Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak. Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup," katanya.
Noh mendedahkan perkara tersebut secara tak langsung ketika menjawab soalan tentang lima lagu Indonesia yang menjadi kegemarannya di laman Instagram portal dari Indonesia.
Sejak mengumumkan perceraiannya pada Ogos lalu, Noh tidak pernah mengulas mengenainya malah cuba mengelak daripada ditemu bual media.
Noh kini sudah pun mengikat gaki pertunangan dengan wanita pilihannya manakala Mizz Nina sudah sah menjadi isteri kepada rapper Amerika Syarikat berketurunan Maghribi.
Noh dan Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 namun bercerai pada 3 Ogos tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024