Bereh Boh! 11 Hari Tayangan, Polis Evo 2 Raih Kutipan RM17 Juta

Mya Amri
Disember 3, 2018 14:08 MYT
Filem Polis Evo 2 terus melakarkan sejarah tersendiri apabila meraih kutipan RM17 juta selepas 11 hari tayangan.
Filem lakonan hebat Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira dan ramai lagi ini telah mendapat maklum balas positif dikalangan penonton.
Rata-ratanya meluahkan rasa kagum melihat keberkesanan lakonan bintang-bintang Polis Evo 2.
Sebelum ini, Polis Evo 2 berjaya meraih kutipan sebanyak RM3.5 juta menerusi tayangan hari pembukaan.
Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.
Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!
Jaga-jaga boh!
#Polis Evo 2 #Kutipan