Laman Utama

Berehat Dari SepahTu Reunion Live 2020, Undur Diri Dari Radio…Shuib Beri Bayangan Berehat Dari Dunia Seni?

gempak
Fiza Kamarudin
18/01/2021
15:42 MYT
Sponsor Banner
Berehat Dari SepahTu Reunion Live 2020, Undur Diri Dari Radio…Shuib Beri Bayangan Berehat Dari Dunia Seni?
Usahawan dan pelawak Shuib mengakui ketiadaannya dalam program Sepahtu Reunion Live 2020 dan pengundurannya sebagai penyampai radio kerana mahu berehat dari dunia seni.
Bagaimanapun kata Shuib, dia hanya bercuti buat seketika kerana mahu memberi fokus kepada rangkaian perniagaan BubbleBee terlebih dahulu.
“Saya tidak akan berundur dari dunia seni kerana bidang ini adalah sesuatu yang saya suka dan minat.
“Cuma sejak kebelakangan ini saya mulai sedar yang saya perlu menyusun semula kerja-kerja dilakukan supaya lebih teratur.
“Sebelum ini saya buat banyak kerja dalam satu masa dan berasa sedikit kelam kabut bila nak fokus, terutama yang melibatkan BubbleBee,” katanya.
Shuib berkata, keputusan yang dilakukan tidak ada kaitan dengan kontroversi seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
“Saya sudah berfikir panjang dan nekad untuk tinggalkan seketika benda yang saya suka. Biarlah saya berkorban dahulu demi keluarga.
“Tak muncul dalam program SepahTu Reunion Live 2020 dan berhenti radio tidak ada kaitan dengan mana-mana isu atau kontroversi membabitkan diri saya sebelum ini,” ujarnya.
Tambah Shuib lagi, fokus yang lebih terpaksa diberikan kepada francais minuman BubbleBee kerana mahu mencapai target 100 cawangan pada tahun 2021.
Selain itu Yayasan BubbleBee yang memfokuskan kepada kerja-kerja kebajikan juga sudah mula beroperasi serta mahu memberi lebih perhatian kepada Bubble Studios.
“Tahun 2021 saya berazam untuk membuka 100 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
“Dalam masa sama, saya mahu memberi peluang pekerjaan kepada belia kita lebih-lebih lagi dalam keadaan kita sedang bergelut dengan pandemic Covid-19.
“Alhamdulillah, setakat ini maklum balas yang kami terima positif. Rata-rata gembira menjadi ahli keluarga BubbleBee, jadi saya mengalu-alukan mereka di luar sana untuk meramaikan dan memeriahkan keluarga ini.
“Lagi satu, saya bersyukur kerana Yayasan BubbleBee juga berjalan lancar seperti yang dirancang. Aktiviti bantuan kepada mereka yang memerlukan akan dibuat secara berterusan dan bukannya sementara.
"Apa saya buat adalah, daripada perniagaan itu saya ketepikan sedikit bahagian untuk yayasan. Contoh dari hasil jualan harian, cendrahati Bubble Bee dan lebihan duit baki yang pelanggan masukkan dalam tabung.
“Dan yang terbaru, saya mahu mengukuhkan pula Bubble Studios untuk kerja-kerja produksi dan talent serta menghasilkan ‘digital content’.
“Perancangan terbaru kami merancang untuk mengeluarkan cenderahati BubbleBee seperti T-Shirt dan lain-lain lagi,” katanya kepada Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live