,
Berita

"Berenang Buat Anda Jadi Tinggi" - Sheikh Muszaphar Galak Ibu Bapa Ajar Anak Berenang

ZULHILMI JALIL
23/12/2020
10:32 MYT
Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memberi galakan kepada orang ramai khususnya golongan ibu bapa untuk mengajar anak-anak dengan kemahiran berenang sejak mereka kecil.
Menurut Sheikh Muszaphar aktiviti berenang bukan sahaja memberikan banyak kebaikan kepada tubuh badan, sebaliknya aktiviti tersebut juga merupakan satu sunnah.
"Kami mempunyai sejarah asma dalam keluarga dan berenang pada usia muda akan mengembangkan peparu yang mana dapat mengelakkan kami daripada mendapat masalah tersebut.
"Saya rasa, ayah saya tahu (manfaat renang) sebab itu dia mahu kami pilih sukan renang. Berenang juga buat anda tinggi dan lean (kurus tanpa lemak), sebab itu kami semua adik-beradik mempunyai ketinggian 6 kaki," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Sheikh Muszaphar turut berkongsi gambar dirinya mengajar anaknya Bella berenang ketika usia enam bulan.
Menurut Sheikh Muszphar lagi, dia sendiri juga sudah diajar berenang sejak usianya tiga tahun.
"Ayah saya ajar kami lima beradik berenang ketika kami berusia tiga tahun dan dia sendiri yang jadi jurulatih.
"Saya ingat lagi kami semua akan jalani latihan pada pukul 6 pagi di Kelab Sungai Ujong sebelum ke sekolah," katanya yang mengakui mempunyai banyak medal kemenangan ketika menyertai suka renang.
Jelasnya lagi kesemua lima beradiknya termasuk dirinya pernah menjadi perenang wakil Negeri Sembilan dan tiga daripadanya pernah bertanding di peringkat antarabangsa.
"Sebab itulah saya juga mahu mengajar anak-anak saya berenang. Satu hari nanti, dengan berenang boleh bantu menyelamatkan nyawa. Berenang juga satu sukan terbaik," katanya.
Dalam pada itu, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.
Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar