Bergabung Hasilkan PPE Untuk Frontliners... Vivy Yusof Dapat Pujian Netizen, Raih Lebih RM100,000 Dalam Masa Kurang 24 Jam!
Usahawan selebriti, Datin Vivy Yusof gembira kerana inisiatifnya untuk membantu petugas hospital yang kekurangan kekurangan pakaian perlindungan diri (PPE) membuahkan hasil.
Menerusi kempen MODA For Frontliners yang merupakan inisiatif bersama Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA), Fashionvalet dan Imam Response & Relief Team (IMARET), mereka membantu mengumpul dana untuk pereka tempatan yang bergabung di bawah MODA yang menjahit sut PPE untuk disumbangkan kepada petugas barisan hadapan.
"Terima kasih Malaysia. Kita meraih RM100,000 dalam masa kurang daripada sehari. Pereka fesyen Malaysia menjahit PPE dari pagi sehingga ke malam.
"Industri fesyen tempatan berkumpul untuk merealisasikan inisiatif ini. Lindungi petugas barisan hadapan kita. Harap anda semua dapat membantu dan menyumbang!" tulis Vivy.
Vivy berkongsi perkara terbabit menerusi kemas kini terbaru di laman sosial Instagram miliknya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji usaha murni Vivy dalam membantu petugas barisan hadapan.
Netizen turut menyeru agar dapat sama-sama menyumbang dan membantu mereka yang berkorban di saat getir ini.