Bergaduh Dengan Ibu Bapa Beberapa Hari Sebelum AJL34, Ini Pendedahan Naim Daniel...
Asraf Aided
30/10/2020 09:27 MYT
30/10/2020 09:27 MYT
Menceburkan diri dalam bidang seni merupakan sesuatu yang diidamkan oleh ramai anak muda zaman kini.
Bagi anak seni yang berjaya meraih kejayaan pada usia muda, sudah tentu ia merupakan pencapaian yang sangat bermakna dalam kehidupan.
Dalam Naura Shares episod 14 malam ini, penyanyi dan pelakon Naim Daniel akan berkongsi erti di sebalik kejayaan yang diraihnya dalam bidang hiburan.
Manakan tidak, Naim sendiri telah mula aktif dan berkarya dalam bidang seni dari usianya yang begitu muda.
Dalam episod malam ini juga, Naim menceritakan tentang peristiwa pergaduhan dengan ibu bapanya beberapa hari sebelum bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) Februari lalu.
Menurut Naim, selepas bertelingkah dengan ibu bapanya, dia meninggalkan rumah dan pergi ke rumah neneknya. Namun, dalam perjalanan ke sana, dia menyedari kesilapannya dan kembali semula ke rumah untuk memohon maaf kepada ibu bapanya.
Beberapa hari selepas itu, Naim bergelar juara AJL34, jadi, dia menyifatkan perkara itu sebagai kemenangan yang direstui.
Nak tahu lebih lagi tentang perkongsian cerita Naim? Jangan lupa saksikan Naura Shares malam ini!
Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, pukul 9.00 malam di NAURA (saluran 109).
Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Ashraf Muslim, Ernie Zakrie, Dayah Bakar dan ramai lagi.