Penyanyi rap Caprice berkongsi momen sewaktu bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir.

Menerusi laman sosial Instagram, Caprice yang diajak bergambar memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.

“Terserempak dengan pelajar Malaysia depan embassy Malaysia di Cairo buat kita rindu Malaysia,” tulis Caprice sebagai kapsyen video.

Menerusi video berdurasi 22 saat itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meluangkan masa untuk bergambar dengan sekumpulan pelajar wanita sebagai kenang-kenangan.

A post shared by Caprice (@capriceofficial)


Sementara itu di ruangan komen, video tersebut mengundang usikan daripada wargamaya yang rata-ratanya mendoakan agar Caprice segera bertemu jodoh.

Malah, aksi Caprice yang seakan malu-malu dan kemudian menendang seorang temannya turut mencuri perhatian ramai.

Ramai calon isteri tu Cap,” usik seorang wargamaya.

Caprice nak main sepak-sepak tu mesti kena sakat cari jodoh,” kata seorang wargamaya.

Begitulah abah jumpa mak kau dulu - kata bro Caprice kepada anak-anaknya,” tulis seorang wargamaya.

Boleh cari jodoh kat Mesir Cap, semua bagus bagus,” cadang seorang wargamaya.

Tiba tiba Caprice jumpa jodoh kat sana, ehek!” ujar seorang wargamaya.

Hope abang jumpa bakal isteri di situ,” pesan seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 500,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Minggu lalu, Caprice berangkat ke Mesir bagi menjayakan sebuah misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.