Laman Utama
Bergambar Peluk Lelaki, Tom Mohon Maaf - "Saya Jahil Bab Ni, Teringin Nak Belajar Agama Tahu Halal Haram"
Penyanyi Tom tampil memohon maaf berikutan tersebarnya foto berpelukan bersama seorang penyanyi lelaki sejak beberapa hari lalu.
Akui Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, dia sudah terbiasa dengan kehidupan sedemikian sebelum ini.
"Sorry, minta maaf pasal gambar saya yang dah tersebar berpeluk mesra dengan lelaki. Tak sengaja.
"Sebelum ini bagi saya berpelukan dengan lelaki tu benda yang biasa dan normal.
"Saya dah biasa hidup dalam keadan open sebegitu. Kehidupan saya mungkin tak macam kehidupan orang lain yang tahu halal haram.
"Saya saya tak ambil berat perkara ini sebelum ini. Maaf sangat-sangat.
"Pada yang kurang senang tengok gambar-gambar saya dan video-video saya sebelum ini, saya nak mohon maaf," ujarnya menerusi hantaran di media sosial.
Begitupun, kata Tom dia terbuka untuk menerima bimbingan daripada sudut agama dan mendalami hukum pergaulan antara lelaki dan wanita.
"Saya sangat-sangat tak perasan benda macam tu tak boleh sebagai orang Islam.
"Terus terang ilmu agama Islam saya ni tak seberapa. Saya tak ambil berat sangat sebelum ini bab agama.
"Hidup saya sebelum ini terlalu terbuka antara lelaki dan perempuan. Saja jahil bab-bab ini. Bab agama ni saya tak berapa 'terror' sangat.
"Saya pun teringin nak belajar bab-bab agama. Saya selalu confuse tentang halal haram sebab dah terbiasa dengan kehidupan yang terlalu open antara lelaki dan perempuan.
"Doakan saya supaya lebih tahu bab-bab halal haram lepas ini. Saya minta maaf," ujarnya.
Terdahulu tular fotonya bersama Fuad selepas mengumumkan secara rasmi hubungan mereka di Facebook.
BACA: Akui Bercinta, Fuad Rahman Rancang Nikahi Tom GV9! - "Saya Lamar Dia Jadi Kekasih 2 Minggu Lepas"
BACA: Pernah Bercinta Tahun 2005, Tom Terbuka Hati Terima Fuad Rahman - "Dia Nak Tebus Balik Silap ..."