Berganda-Ganda Seram! Ini 2 Filem Horror Baru Anda Wajib Tonton Ketika Ini!

Hanafis Haris
Mac 2, 2021 14:25 MYT

Waktu malam anda kini tidak lagi bosan dan suram apabila Astro membawa dua filem tempatan seram terbaru menerusi saluran Astro First.

Filem pertama yang anda patut tonton adalah Selamat Hari Tak Jadi arahan pengarah senior, Datuk Professor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen.

Filem ini mengisahkan tentang watak bernama Hani lakonan Janna Nick iaitu seorang pelajar yang sering pelakukan prank.

Hani juga digelar sebagai ‘prank master’ kerana sering mengusik rakan-rakannya untuk dijadikan kandungan YouTube.

Walaubagaimanapun, Hani kemudian diburu oleh seorang pembunuh bertopeng yang turut meninggalkan nota bertulis ‘Selamat Hari Mati’.

Bagaimana Hani menyelamatkan diri daripada diburu itu anda kena tontonnya di Astro First!

Filem ini turut menampilkan Issey Fazlisham, Zalif Sidek, Nasz Sally, Danial Zaini, Aaron Aziz, Nasha Aziz dan Eyka Farhana.

Sewa Selamat Hari Tak Jadi di Astro First (Saluran 480) atau On Demand Store.

Hanya sambungkan PVR Box atau Ultra Box ke Wi-Fi untuk strim filem ini dalam keselesaan rumah anda.

Muat turun juga aplikasi Astro GO untuk strim filem ini pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut, sila ke content.astro.com.my.

Sementara itu, filem kedua yang anda wajib tonton adalah Hantu Bonceng 2.0!

Filem ini mengisahkan tentang Amran dan Kunyit mengalami kerosakan motor dan keadaan semakin sunyi.

Disebabkan itu mereka terpaksa bermalam di sebuah hotel kepunyaan Ayu sementara menunggu pertolongan pada hari esok.

Sepanjang malam, Amran mengalami beberapa siri mimpi aneh yang membawa mereka kepada misteri yang tersembunyi di hotel tersebut.

Filem ini dilakonkan Zizan Razak, Shisha Zikir, Joey Daud, Taiyuddin Bakar, Atu Zero, Chew Kin Wah, Acong Sweetchild, Sharif Zero, Amir Raja Lawak, Amir Raja Lawak, Soya, Erryn Abdullah, Rashdan Baba and Sangeeta Krishnasamy.

Anda boleh langgannya di Astro First!

#Seram #AstroFirst #AstroGo #OnDemand #UltraBox #Hantu Bonceng 2.0 #SelamatHariTakJadi