Penyanyi baru sedang popular menerusi lagu ‘Sayang’, Nadira Adnan akui gementar menanti Konsert Cinta yang bakal diadakan di Istana Budaya bermula 19 dan 20 Ogos ini.
Penyanyi muda yang baru berusia 19 tahun ini turut menyatakan rasa teruja kerana buat pertama kalinya bakal membuat persembahan bersama nama-nama besar industri hiburan tempatan seperti Yuna, Amy Search, Noh Salleh dan Joe Flizzow.
“Saya sangat teruja namun gementar kerana ini merupakan persembahan terbesar saya buat pertama kalinya. Saya seakan tidak percaya kerana dapat membuat persembahan bersama nama-nama besar industri hiburan tempatan yang merupakan inspirasi saya.
“Saya harap semua yang terlibat serta penonton turut merasai keterujaan saya. Saya berharap usaha serta penat lelah saya akan membuahkan hasil,”ujar Nadira Adnan yang kini terkenal dengan lagu Sayang,” katanya yang turut mengundang Al-Ghazali anak sulung penyanyi popular Indonesia, Ahmad Dhani.
Nadira atau nama sebenarnya Tengku Nadira Munawarah Tengku Adnan berkata, sungguhpun dianggap paling hijau berbanding nama-nama lain pada malam konsert itu nanti, namun akan menjadikan pengalaman tersebut untuk mencabar kemampuannya.
“Beraksi di pentas yang berprestij seperti Istana Budaya, sudah tentu ia sesuatu yang membanggakan kepada orang baru seperti saya.
“Saya tidak kisah dianggap hijau kerana inilah masanya untuk saya mencabar kemampuan diri menyanyikan 14 buah lagu secara langsung buat kali pertama pada konsert ini.
“Kadang-kala, saya tertanya-tanya kepada diri sendiri adakah sudah benar-benar bersedia, cuma inilah satu-satunya peluang terbaik untuk saya,” katanya kepada Astro Gempak.
Selain itu, Nadira turut menyifatkan konsert berkenaan sebagai medium terbaik mempromosikan kehadirannya di negara ini, selain mahu membuktikan tanggapan skeptikal orang ramai yang menyangka segala-galanya mudah buatnya untuk bergelar artis adalah tidak tepat.
“Saya juga bekerja keras untuk diterima masuk ke dalam industri. Memang sukar apabila dikecam haters, namun ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, saya abaikan saja komen-komen negatif seperti itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Konsert Cinta juga mendapat sambutan memberangsangkan peminat tempatan apabila tiket persembahan pada 19 Ogos telah habis terjual.
Pengurus projek konsert berkenaan, Shuharezuan Ramli berkata, Konsert Cinta bakal diterajui Eddie Slam sebagai pengarah muzik sambil diiringi pemuzik handalan tempatan.
“Pihak kami amat berbesar hati apabila dapat menggabungkan nama-nama besar dalam sebuah konsert di pentas yang berprestij seperti Istana Budaya,” katanya.
Menurut Shuharezuan, orang ramai boleh mendapatkan tiket yang dijual dengan harga RM100, RM175, RM250, RM300 dan RM500 di kaunter tiket Istana Budaya.
Tiket juga katanya, boleh diperoleh menerusi laman web www.ticketpro.com.my.
Ahmad Shah
Thu Aug 18 2016
Mahalini Bakal Pindah Agama, Menikah Secara Islam Bersama Rizky Febian!
Penyanyi, Mahalini telah sah dikhabarkan akan berpindah agama selepas selesai upacara “mempamit” yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desa Tibubeneng, Kuta Utara, Badung, Bali pada Sabtu.
Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors
Isu melutut case closed.
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.