Bergandingan Dengan Primadona, Jantung Fasha Sandha Berdebar Nak Jumpa Erra Fazira - “Satu Family Tahu Sejak Di Bangku Sekolah Memang…”
Asyikin Mayudin
14/07/2023 08:55 MYT
14/07/2023 08:55 MYT
Bergandingan dengan Erra Fazira menerusi sebuah drama siri membuatkan aktres Fasha Sandha berasa teruja kerana menganggap pelakon senior itu sebagai idolanya sejak di bangku sekolah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha malah berkata jantungnya berasa berdebar ketika menuju ke lokasi penggambaran untuk berjumpa dengan Erra.
"Tuhan je yang tahu , jantung berdebar sejak 6 pagi tadi (Rabu). Sepanjang dalam perjalanan ke lokasi pengambaran masih berdebar-debar.
"Hari ini dalam sejarah. Nak bertemu dengan idolaku, satu frame dengan idolaku Erra Fazira dalam drama Rampas Cintaku 2.
"Satu family aku tahu sejak di bangku sekolah, memang nama kak Erra yang aku jerit, lompat-lompat setiap kali menonton anugerah di kaca TV, peminat setia ni," katanya.
Dalam pada itu, Fasha berkata meskipun pernah melakukan beberapa sesi fotografi bersama Erra, namun perasaan untuk bergandingkan dalam sebuah drama ternyata berbeza.
"Pernah beberapa kali digandingkan untuk fotografi bersama sebelum ni. Tapi tak pernah dapat peluang bekerjasama.
"Benarlah rezeki tak pernah salah alamat, lepas 20 tahun berada dalam industri, dijodohkan bersama ratuku didalam satu drama," jelasnya lagi.
Sementara itu, Fasha turut memuji keperibadian Erra yang sentiasa senyum dalam pada jua keadaan.
"Beliau yang masih disegani, masih disayangi ramai, the one and only primadona Erra Fazira. Beliau yang kita semua tahu, Primadona yang sentiasa senyum dalam apa jua keadaan, tidak pernah berkata yang tidak baik tentang sesiapapun, Primadona yang tidak pernah kenal erti penat.
"Primadona yang masih kekal menjadi Ratu Cantik sehingga hari ini. MasyaAllah, aura! Takkan pernah hilang," tambahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dikatakan Terlalu Kurus Sehingga Nampak Seperti Sakit, Ini Respons Fasha Sandha - “Tak Sakit Pun Tapi Hati Agak…”