,
Viral

Bergaya Dengan Selendang Ala Raja Permaisuri Agong Untuk Majalah Sekolah, Tunku Azizah ‘Tweet’ Pelajar Ini!

Fiza Kamarudin
27/08/2019
22:00 MYT
Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2) Shah Alam, tidak menyangka Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar akan meninggalkan komen pada foto yang dikongsinya.
Pelajar tersebut, Sarah Misha Mirza Mohamad Raziq Beg, pada mulanya hanya berkongsi foto bersama rakan-rakan sekelas mengenakan selendang ala Raja Permaisuri Agong menerusi laman Twitter @SarahMiisha. Sarah Misha yang berkongsi foto tersebut pada Ahad lalu, berkongsi rasa teruja mengenakan selendang sebagai pelengkap busana seperti Raja Permaisuri Agong, untuk sesi fotografi majalah sekolahnya.
Menerusi ciapan tersebut, Sarah Misha turut menyebut laman Twitter Tunku Azizah Aminah, iaitu @cheminahsayang.
“Tahun ni gambar kelas terinspirasi dengan gaya our Queen, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah @cheminahsayang,” tulisnya.
Tunku Azizah Aminah kemudiannya memberi reaksi positif dengan memuji penampilan Sarah Misha dan rakan sekelasnya. “Cantiknya”, tulis baginda.
Foto Sarah Misha dan rakan-rakan sekelasnya tular pada Ahad lalu dan rata-rata warga net memuji idea mereka untuk mengambil inspirasi daripada fesyen digayakan Tunku Azizah Aminah.
Warga net yang lain juga turut berkongsi foto mereka yang mengenakan selendang yang diinspirasikan daripada Tunku Azizah Aminah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.