Bergelar Bapa, Nas Taliyah Nama Baby Girl Nas-T

Kamaruddin Razal
Disember 13, 2016 04:17 MYT
Pelakon dan DJ, Nas-T kini bergelar bapa selepas isterinya, Atita Haris melahirkan cahaya mata perempuan semalam.
Diberi nama Nas Taliyah, Nas-T berkongsi berita gembira tersebut menerusi kemaskini di laman Instagram miliknya.
Bayi seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan pada 12.08 tengah hari, bersamaan dengan tarikh lahir bapa Nas-T.
Peminat dan pengikut laman Instagram Nas-T juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas berita tersebut dan bersama-sama berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh Nas-T dan Atita.
Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin mendirikan perkahwinan dengan Atita pada 29 Januari lalu di sebuah majlis yang berlangsung secara tertutup di Surau Al-Ikhlas, SS19, Subang Jaya.
Sebelum ini, Atita pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Nur Sofia.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Atita Haris #Nas-T