Bergelar Graduan Anugerah Dekan, Daiyan Trisha Kongsi Pengalaman Belajar

Asraf Aided
September 24, 2018 13:10 MYT
Menerusi entri di Instagram, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha, 25 berkongsi pengalaman belajar sempena meraikan hari konvokesyennya beberapa hari lalu.
Menurut Daiyan, dia berasa lega dan gembira kerana telah banyak berkorban dan bersusah payah sepanjang bergelar seorang pelajar.
"Saya telah banyak korbankan waktu tidur demi menyiapkan tugasan yang diberi serta membuat ulang kaji.
"Pada masa yang sama, saya juga harus mengendalikan perniagaan kosmetik serta memberi komitmen terhadap penglibatan saya dengan penggambaran sebuah kempen jenama jeans terkemuka.
"Alhamdulillah saya berjaya mendapat anugerah dekan pada setiap semester," tulisnya.
Daiyan berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan di Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL).
#Daiyan Trisha #Daiyan Trisha