HIBURAN
Bergelar Isteri, Mimi Lana Beraya Dengan Mentua - “Ini Adalah Raya Pertama Saya Tanpa Keluarga…”
Pelakon, Mimi Lana teruja apabila buat pertama kalinya dapat menyambut raya sebagai seorang isteri tahun ini.
Raya rumah mentua, persetujuan bersama
Menurut Mimi, hasil persetujuan bersama, dia memilih untuk menyambut hari raya pertama dan kedua bersama mentuanya di Kuala Lumpur.“Mungkin sebab semua adik-beradik dan sepupu saya balik rumah mentua masing-masing tahun ini, jadi saya buat keputusan untuk beraya di Kuala Lumpur.“Tahun ini saya raya di Kuala Lumpur dan buat pertama kalinya saya beraya di luar kampung saya. “Selepas itu, barulah kami pulang ke kampung saya di Taiping, Perak pada raya ketiga.
“Tahun depan, mereka semua datang kembali beraya ke taiping. Setiap tahun di kampung saya memang begitu.
“Kami juga tidak bergaduh nak balik kampung mana sebab keputusan dibuat atas persetujuan bersama,”katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN:Majlis Tertutup Syafiq Kyle & Mimi Lana, Tetamu Puji Keputusan ‘No Phone’ - “Rasa Macam Kahwin Pada...”
ARTIKEL BERKAITAN:14 Hari Berdoa Agar Berjodoh Dengan Mimi Lana, Sumpah Dan Cinta Matiku Jadi Teman Syafiq Kyle Semasa Kerjakan Umrah
ARTIKEL BERKAITAN:Syafiq Kyle Syukur Diberi Peluang Ramadan Bersama Isteri - “Tahun Lalu Saya Berpuasa Seorang Diri & Sambut Raya Di Makkah Tunai Umrah”
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Tersentuh Hati Lihat Perkahwinan Syafiq Kyle & Mimi Lana - “Alhamdulillah Rahsia Tuhan Akhirnya Terjawab”
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Bukan Pilihan Kedua, Abang Kahwin Baru Cari Saya" - Adik Syafiq Kyle Terkejut Pengikut IG Bertambah
Tidak kekok beraya rumah mentua
Bagaimanapun kata Mimi, walaupun hadir sebagai menantu namun dia tidak berasa kekok kerana pernah beraya dengan keluarga Syafiq sebelum ini.Dalam pada itu, Mimi berharap dia tidak ditanya dengan soalan ‘cepu emas’ seperti soal anak apabila pulang beraya nanti.“Walaupun pertama kali beraya sebagai menantu saya tidak rasa kekok dengan keluarga Syafiq. “Zaman bercinta dahulu pun saya pernah beraya di rumahnya tetapi pada raya kelima,” ujarnya.
“Saya baru sebulan lebih berkahwin dan berharap tiada yang bertanya soalan seperti bila hendak dapat anak.
“Kalau tanya soal anak, itu ketentuan Allah dan bukan saya yang tentukan,” katanya
Terdahulu, Mimi dan Syafiq Kyle telah melangsungkan majlis pernikahan dan resepsi di Taiping pada 14 Februari lalu.
Must-Watch Video