Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bergelar Nenek, Kak Ani Akui Paranoid Dengan COVID-19!

Asraf Aided
15/10/2021 05:51 MYT
Penyanyi popular, Noraniza Idris akui penularan wabak COVID-19 sentiasa membuatkan dirinya paranoid terutama sejak mempunyai cucu.

Menurut Ratu Irama Malaysia itu, dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga kesihatan diri dan seluruh keluarga.

"Ya walaupun kita dah ada kelonggaran, tapi saya masih rasa risau nak jumpa cucu, maklumlah dia masih bayi, saya kerap menghubungi anak untuk mengetahui keadaan kesihatan mereka.

"Kalau ada batuk sikit pun, saya akan nasihatkan dia untuk buat pemeriksaan COVID-19, rasa bimbang kalau ada penyakit lain. Saya sendiri pun kerap melakukan ujian COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga," katanya kepada Gempak.

Noraniza berkata demikian ketika ditemui di majlis menandatangani memorandum persefahaman Kolaborasi Strategik Sihat & Budaya antara C2Joy Sdn Bhd (C2Joy) dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPV) pada Isnin.

Sepanjang kerjasama itu, C2Joy akan terlibat dalam beberapa projek dari NIPV termasuk penganjuran beberapa program berkaitan seni dan budaya, konsert solo serta pembikinan single terbaru Noraniza ciptaan Kmy Kmo dan Luca Sickta yang bakal dilancarkan Disember ini.

Tambah Noraniza, kerisauannya terhadap penularan COVID-19 membuatkan dia terbawa-bawa hingga risau ketika suaminya berbual bersama jiran.

"Kadang-kadang perasaan bimbang ini terbawa-bawa hingga kalau suami berbual dengan jiran pun saya jadi takut, walaupun ada penjarakan fizikal, tapi virus itu kita tak nampak," katanya yang sering patuh pada peraturan dan aspek penjagaan keselamatan.

Untuk rekod, cucu pertama Noraniza yang kini berusia enam bulan adalah hasil perkahwinan anak sulungnya, ALiff Haiqal bersama Isteri, Ezza Nafiesha Zakaria.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Disember, 2019 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Foto: Instagram Noraniza Idris

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.


#Noraniza Idris #COVID-19 #Paranoid #Kak Ani