,
Berita

"Bergetar Tulang Rusuk Abang Dibuatnya" - Peminat Puji Elizabeth Tan Bertudung

Rozaimi Zubaidi
28/09/2018
04:08 MYT
Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar bertudung menerusi sebuah posting terbaharu di laman Instagramnya.
Menerusi entri tersebut, penampilan terbaharu yang dikongsikan oleh Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, adalah sebagai memenuhi tuntutan wataknya sebagai Ain dalam dram terbaharu lakonannya.
"Assalamualaikum, nama saya Ain. @senafasrindu . #senafasrindu," tulisnya.
Rata-rata memuji kecantikannya dan tidak kurang juga ada yang mengusik Lizzy untuk dijadikan pasangan mereka.
"@khrulalfsyhr_@:Sesungguhnya ciptaan tuhan itu elok-elok semuanya. Tetiba nampak masa depan. Comelnyaaaa."
"@syahmi.ynwa: Waalaikumsalam Ain nak pergi mana tu Ain? Jangan jauh sangat sebab Ain love with you. (I in love with you) cia cia cia."
"@zairihasim: Makkkk! Saya dah jumpa jodoh. Tetiba sahaja bergetar tulang rusuk abang dibuatnya."
"@firdaus_firrah: So beautiful, Semoga diberi hidayah macam abang @adamcorrielee."
Foto yang dimuat naik oleh Lizzy telah mendapat lebih 99,000 tanda suka, selain lebih 5,000 komen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Nusantara

Bekas Vokalis Nidji, Giring Dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia

gempak
22/10/2024
23:50 MYT
Bekas penyanyi Nidji iaitu Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pimpinan Presiden Prabowo Subianto.
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Hiburan

Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."

gempak
22/10/2024
09:37 MYT
Penyanyi rap, Bunga Isme, akhirnya mengaku telah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik Amzar Sabri.
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
BorakSeeni