Bergraduasi Dengan Kepujian Kelas Pertama, Netizen Puji Sissy Iman

Zulaikha Yusof
Ogos 20, 2018 08:31 MYT
Penyanyi Sissy Iman baru saja memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Di usia 22 tahun, Sissy telah berjaya menamatkan pengajian dengan kepujian kelas pertama dan mencapai cita-citanya untuk bergelar seorang cikgu.
Menerusi laman Instagram Sissy, rata-rata pengikut memberikan ucapan tahniah kepada gadis itu yang berjaya mencapai cita-citanya di usia muda.
Selain ucapan tahniah, netizen juga memuji kebijaksanaan Sissy dalam bidang pendidikan dan nyanyian serta menggelarkannya 'beauty with brain'.
Sissy kini sedang giat beraksi dalam program Big Stage.
Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 8 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.
Big Stage disertai oleh Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Sissy Iman dan Wani Kayrie.
Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, ASTRO GO dan 'on demand'.
Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!
#Penyanyi #Penyanyi #Big Stage #TikTok #Sissy Iman