Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih mesra disapa DSV mencuri tumpuan warga media sosial apabila mahu tampil seperti patung barbie.

Luahan tersebut dibuat menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram anaknya, Cik B, semalam.

Menurut DSV, dia teringin untuk kelihatan cantik seperti ‘barbie doll’ dan disebabkan itu dia mahu membuat pembedahan plastik.

“Mama suka barbie doll, mama nak muka macam ni cantik.

“Mama nak buat plastic surgery,” katanya berseloroh.

Tindakan DSV itu kemudian dibantah Cik B yang berpesan bahawa perbuatan pembedahan plastik adalah berdosa.

“Tak boleh la tak cantik, Cik B dah la tak suka barbie doll, lagipun dosa kan,” kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhamad Amin

Menerusi ruang komen, rata-ratanya memuji cara Cik B menegur ibunya dengan cara bersahaja.

Malah, rata-rata mereka menyifatkan Cik B seorang anak yang matang dan pandai menjaga ibunya.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.