“Bergurau, Sekali Kena Baling Dengan Botol Minyak Wangi…” -Anak Ajak Shiro Luka Bahagian Kening

Mya Amri
Mei 21, 2019 08:32 MYT
Anak sulung pelawak Ajak Shiro, Mohd Jad Thaqif, 9, mengalami luka di bahagian kening akibat dibaling botol minyak wangi.
Ajak berkongsi perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Ajak, kejadian itu berlaku tanpa diduga apabila Jad dan anak keduanya, Had sedang bergurau senda.
“Proses untuk dewasa Jad... Baru nampak jantan sikit ye dak? *Dia begurau dengan Sheikh Had baling-baling beg sekali kena baling dengan botol minyak wangi daaa,” kongsi Ajak.
Bagaimanapun, Jad telah mendapatkan rawatan doktor dan lukanya itu sudah pun dibalut.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya berkongsi pengalaman yang sama seperti Ajak selain meluahkan rasa lega kerana tidak terkena pada bahagian mata anaknya itu.
“Tiga orang anak saya, si abang jatuh tergigit bibir bawah bahagian luar kena gam, si kakak kena kerusi tepi mata macam Jad ni dan si adik kena bucu katil. Dalam berjaga-jaga nak kena jugak kan. Tak apa la anak-anak nak membesar,” komen @aishah_hezie
“Allahu... Nasib tak kena mata, parut tu nanti, jadi memori. Mesti rindu zaman ni nanti. Apa-apa pun, moga cepat sembuh,” tulis @tienanor
Terdahulu, Ajak telah berkahwin dengan Afifah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohd Jad Thaqif, 9, Mohd Had Thaqif, 6, dan Nada Soffea, 4.
Foto: Instagram @ajakshiro
#Pelawak #Ajak Shiro