Bergurau Tak Kena Gaya, Iman Troye Dianggap Tak Sensitif!
Fiza Kamarudin
24/05/2021 23:50 MYT
24/05/2021 23:50 MYT
Gara-gara bergurau tak kena gaya, penyanyi Iman Troye dianggap tidak sensitif dan tidak matang oleh warganet.
Ciapan yang dimuat naik Iman di laman sosial Twitter menaikkan kemarahan warganet apabila dia menjadikan angka jangkitan Covid-19 sebagai subjek.
“Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi,” ciapnya pada Ahad.
Kemarahan netizen bertambah apabila Iman, 18, mengakhiri ciapannya dengan penggunaan tanda pagar #KerajaanGagal.
Iman Troye mungkin asalnya cuma mahu bergurau tetapi ciapan berkenaan nampak memakan diri.
“Bergurau mengenai kematian dan kesengsaraan orang lain memang tak patut!”
“Petugas barisan depan kepenatan, ramai orang mati, dan kau berani ciap; harap esok boleh dapat 7,000 seolah-oleh ia satu gurauan. Sangat tak sensitif,” antara ciapan pengguna Twitter.
Bagaimanapun selepas beberapa jam memuat naik status berkenaan, Iman dilihat menyahaktif akaun Twitternya.
Pada Ahad lalu, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,976 kes baharu Covid-19 manakala hari ini setakat tengah hari tadi 6,509 lagi jangkitan dilaporkan.
Selangor mencatat jangkitan baru tertinggi dengan 2,049 kes diikuti Sarawak (530), dan Johor serta Kuala Lumpur yang kedua-duanya mencatat 468 kes.