Laman Utama
Bergusti Dengan Suami Masa PKP, Kaka Azraff Ajak Pasangan Bercinta Cepat-Cepat Kahwin!
Penyanyi Kaka Azraff menyarankan kepada pasangan bercinta supaya mengambil peluang untuk berkahwin di saat negara menjalani Perinta Kawalan Pergerakan (PKP).
Perkara itu dikongsi Kaka menerusi satu posting di Instagramnya, baru-baru ini.
“Seronoknya PKP dengan pasangan. Selain sakit hati dengan partner kita, seronok juga buat benda-benda bodoh bersama.
“Masa ni lah dpt luang masa yang banyak dengan pasangan.
“I sarankan kepada mereka yang sedang bercinta, kahwin lah time PKP ni.
“Jimat and you tak lonely,” katanya.
Menerusi posting itu juga, Kaka turut memuat naik video antara aktivitinya bersama suami.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah mereka berseronok bergusti bersama.
Rata-rata peminat dan rakan artis turut terhibur dengan telatah pasangan tersebut yang disifatkan cukup sporting.
Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.
Must-Watch Video