HIBURAN
Berhabis RM15,000 Hanya Untuk Lace, Netizen Tak Sabar Nak Tunggu Hasil Tangan Prince Syed Buat Isteri - “Tak Sabar Nak…”
Usahawan dan pempengaruh, Prince Syed Shahid menarik perhatian warganet selepas berkongsi sedang sibuk membuat persiapan baju raya untuk tahun ini.
Menerusi perkongsian di laman Tiktok, Syed memberitahu bahawa menggunakan lace yang bernilai RM3,000 untuk membuat busana raya untuk isteri tercinta, Fatin Syazwani Ishak.
“Persiapan baju-baju raya isteri saya dah mula buat. Ini tengan buat baju isteri yang menggunakan lace bernilai RM3,000 semeter dan semua sekali menggunakan 5 meter.
“Belum lagi kain shantung dan lain-lain, nantikan baju apa akan saya buat untuk isteri saya pakai menjelang Aidilfitri 2025,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sudah tidak sabar untuk menantikan hasil busana yang direka oleh Syed buat Fatin.
“Tengok lace dengan warna kain tu dah tau..mesti cantik kejadiannya.
“Tiapp tahunnn , mmg menungguuu baju raya wife abg ni 😆 seronokk tauuu bile custom baju ikut selera sendiri, confirm tk sama dgn org. Sy pun sllu hntar jahit je, even makan modal, tp berbaloi
“Tak sabar nk tengok baju raya fatin yg syed buat.
“Tak sabar nak tengok mesti letop.
“Tak sabar nak tgok baju raye mike,” komen netizen.
Pada masa sama, netizen juga menyatakan Fatin sangat bertuah memiliki Syed sebagai suami kerana tahu menjahit dan boleh membuat busana mengikut fesyen atau stail yang mereka mahukan.