Penyanyi Heliza Helmi mendedahkan cabaran yang perlu dihadapi ketika melibatkan diri dalam misi bantuan kemanusiaan.

Kata Heliza, apabila berada di sana peratus untuk kembali ke tanah air dalam keadaan bernyawa sangat tipis.

"Setiap kali pergi misi bantuan kemanusiaan, pasti Allah akan bagi pengalaman yang di mana kami berhadapan dengan nyawa di hujung tanduk.

"Tiket pergi ada, tiket kembali mungkin tidak ada.

"Terdapat satu pengalaman, kami diberitahu yang kawasan ini tidak selamat untuk diri. Kami berselawat ketika ingin keluar.

"Selepas beberapa minit, tempat yang baru kami lalui itu meletop," katanya memetik laporan Malaysia Hari Ini.

Tambah Heliza, dia pernah berhadapan dengan situasi selaras senapang berada di bawah dagunya.

"Setiap kali berada di sana, saya mengimpikan mati syahid malah saya pernah berhadapan dengan selaras senapang yang berada di bawah dagu.

"Saya merasakan YaAllah ambil la nyawaku. Wahai jiwa-jiwa yang tenang, pergilah mengadap Tuhanmu dalam keadaan kau redha dan diredhai," katanya lagi.

Heliza merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat secara aktif membantu mangsa perang di Syria menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

ONE WAY TICKET ( SHARE KAN ) PERGI MUNGKIN TAK KEMBALI _ Apa kata kata semangat yang boleh kalian komen di sini? Marilah kita menghulurkan sumbangan Salurkan Sumbangan buat rakyat Syria. . Menerusi Maybank Islamic SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 Atau www.tabungsyria.com - @saniarabyalkahery @hazwanihelmi @thehelmiswarrior @helizaguzelhive Subscribe Youtube Channel : The Helmis #thehelmiswarrior #helizahelmi #diariseorangmujahidah #helizahazwani #rescuesyria #mhitv3 #onewayticket #thehelmis

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on