Kisah rumah tangga pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella bersama Engku Emran terus hangat diperkatakan.

Terbaru, rata-rata netizen telah menyedari perubahan pada foto 'default picture' (DP) di Instagram Emran apabila dia bertindak untuk menukar kepada gambar yang tidak lagi menampakkan isterinya itu.

Sebelum ini, Emran menggunakan foto bersama Laudya dan anaknya, Engku Aleesya untuk DP di laman sosial berkenaan.

Menerusi pemerhatian Gempak, Emran juga telah berhenti mengikuti akaun Laudya di Instagram.



Baru-baru ini, timbul juga spekulasi mengatakan Laudya telah menjual kediaman mereka di Jakarta Selatan.

Berdasarkan laporan media di Indonesia, ada kabar angin mengatakan Laudya mahu menjual kediaman itu akibat dihimpit masalah kewangan.

BACA : Gosip Cerai Masih Diperkatakan...Ada Pula Dakwaan Laudya Cynthia Bella Mahu Jual Rumah?

Walaubagaimanapun, spekulasi mengenai rumah tangga pasangan ini masih menjadi tanda tanya kerana Emran dan Laudya masing-masing belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hal itu.

Terdahulu, Emran dan Laudya mendirikan rumah tangga pada September 2017.

Sebelum itu, Emran pernah menikahi aktres Erra Fazira pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya pada 30 Mac 2009.

Lagi artikel berkaitan :

BACA : Selepas Padam Foto Di Instagram, Engku Emran & Laudya Cynthia Bella Didakwa Sudah Tinggal Berasingan?