Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris berpandangan agar tidak membudayakan populariti individu bodoh khususnya di Malaysia.

Kelompok yang dimaksudkan Amin menerusi hantaran di media sosialnya itu ialah individu yang menyanyi sumbang, menghina peperiksaan SPM dan terbaharu bapa ayam.

"Malaysia ni senang nak jadi 'famous'. Buat lagu raya nyanyi sumbang, hina exam SPM, terbaru jadi bapak ayam, zaaaaasss sekelip mata jadi 'selebriti'.

"'Please stop making stupid people famous.' NILAI & ILMU dipandang sepi & sendu," ujarnya.



Hal itu disokong oleh sebilangan besar pengikutnya dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan mengangkat individu sedemikian.

"Allah. Rindu zaman dulu yang memartabatkan org berilmu. Zaman tu dok cari macam2 kelas training utk upgrade ilmu dan skil," kata Datin Seri Heliza Helmi.

"Saya sangat setuju! Inilah masanya untuk menghentikan segalanya. Berhenti sokong enablers," kata penyanyi Waheeda.

"Setuju!" tambah Uyaina Arshad.

Baru-baru ini tular kisah seorang individu yang digelar bapa ayam secara terang-terangan mempromosikan aktiviti persundalan di media sosial.

Tindakan terbabit dilabelkan warganet menjatuhkan moral dan mengganggu sensitiviti terutama golongan Melayu dan agama Islam.