Anggota kumpulan GOT7, Jackson, meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada pihak mendakwa dia akan meninggalkan kumpulannya.

Menurut laporan All Kpop, Jackson menafikan mempunyai rancangan untuk keluar daripada GOT7 dan menganggap perkara itu lucu.

"Tolong berhenti bertanya kepada saya bila hendak tinggalkan GOT7, kerana ia mengarut!

"Kami akan sentiasa bersama sebagai keluarga walau apa juga yang terjadi.

"Jangan sebarkan khabar angin yang tidak betul kerana perkara ini melibatkan hubungan, persahabatan, kesemuanya adalah keluarga sebenar," katanya.

Isu ini mula timbul apabila Jackson mula mempromosikan single solonya, Papillon dan menyebabkan para peminat Got7 membuat andaian bahawa dia akan meninggalkan kumpulan tersebut.

Sebelum ini, Jackson pernah berhadapan dengan situasi yang sama dan kelihatan dia sudah bersedia dengan soalan-soalan seperti itu.

Sumber: All Kpop