"Berhentilah Siasat Sebab Boleh Jadi Fitnah" - Isteri Abe Burger Tegaskan Rumah Ada Hutang Sebanyak RM16,000, Kereta Honda Hak Bank
Zulaikha Yusof
29/04/2021 23:00 MYT
29/04/2021 23:00 MYT
Selepas kecoh di media sosial yang mendakwa Abe Burger menjalani kehidupan mewah, isterinya Norlaili Shafii tampil membuka mulut dengan memohon agar orang ramai berhenti daripada menyiasat.
Menurut laporan Sinar Harian, Norlaili menegaskan rumah dan kereta Honda yang tular itu adalah hasil usaha mereka menjalankan perniagaan sejak 16 tahun lagi.
Katanya, dia dan suami masih terikat dengan hutang untuk bayaran rumah dan juga kereta yang dibeli pada tahun 2018.
"Rumah ini hutang dengan adik-beradik dan mertua lebih RM16,000 belum terbayar, mujur adik memahami. Saya jual barang kemas untuk bina rumah ini, 306 meter persegi, tiga bilik saja pun.
"Mungkin binaan dari luar kelihatan seperti banglo mewah. Kereta beli tahun 2018, bukan hak saya, hak bank, masih hutang. ALLAH Maha Besar, saya sudah tidak mampu jelaskan satu persatu, cukup-cukuplah tu," katanya.
Dalam pada itu, menjawab mengenai foto menjamu selera di restoran mewah dengan bil mencecah RM1,000, Norlalili berkata situasi itu berlaku bagi memenuhi permintaan adiknya yang sedang hamil.
"Adik saya mengandung, mengidam. Kami makan sekeluarga lebih 10 orang. Kongsi bayar bil. Itulah kali pertama saya makan steak mahal di sebuah restoran bersebelahan Kota Darul Naim.
"Sebelum Covid-19, saya berniaga bermula jam 6 petang sehingga 4 pagi. Pendapatan kami terjejas sejak setahun lalu kerana pandemik. Berhentilah siasat sebab boleh jadi fitnah," katanya lagi.
Sejak Ahad lalu, kisah Abe Burger dikompaun sebanyak RM50,000 di Kelantan menjadi bualan mulut netizen.
Bagaimanapun, seorang pemilik akaun Twitter tampil memuat naik komen di Facebook mengenai pendedahan yang dibuat netizen mengenai Abe Burger itu.
BACA: Neelofa, Caprice & Rakyat Malaysia Kena Scam Abe Burger? Rupa-Rupanya ...