“Berhijab Bukan Penghalang Untuk Sukses Dalam Kerjaya” - Jihan Muse Terkejut Dapat Kalahkan Pelakon Thailand Mario Maurer
Fiza Kamarudin
09/12/2019 10:25 MYT
09/12/2019 10:25 MYT
Pelakon dan pengacara Jihan Muse memberitahu masih terkejut dengan kemenangannya di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2019, yang berlangsung di Singapura.
Apatah lagi apabila mendapat tahu saingannya dalam kategori Persembahan Komedi Terbaik bukan calang-calang.
“Saya tak tahu nak gambarkan perasaan ini macam mana apabila mendapat tahu Keluarga Bahadon menang Program Komedi Terbaik dan saya pula menang dalam kategori Persembahan Komedi Terbaik.
“Rasa dia tu macam atlit menang yang mengharumkan nama negara. Tapi dalam masa sama saya bayangkan kalau saya pergi apa yang saya akan cakap masa ambil anugerah tu.
“Dan macam mana agaknya penerimaan mereka. Sebab saya ada tengok video ketika nama pelakon Thailand Mario Maurer disebut, semua orang bersorak.
“Tapi lepas nama saya yang diumumkan, pengarah Keluarga Bahadon Syed Fariz yang ambilkan anugerah bagitahu saya, semua orang macam tercari-cari siapa Jihan Muse.
“Mungkin kerana penampilan saya (berhijab) yang berbeza berbanding yang lain dan membuatkan mereka nak tahu siapa Jihan Muse tu,” katanya ketawa.
Tambah Jihan, kemenangan tersebut turut membuktikan penampilan (berhijab) bukan faktor untuk tidak menonjol dalam kerjaya seni.
“Saya rasa bangga dan seronok kerana dalam masa sama ia perkara yang positif disamping membuktikan imej bertudung tidak menghalang kita untuk explore macam-macam benda,” katanya positif.
Dalam pada itu, dari segi kerjaya Jihan menganggap kemenangannya sebagai satu pencapaian terbesar dalam kariernya sepanjang bergelar anak seni.
“Syukur kepada Allah kerana rezeki ini dan sudah tentu kemenangan ini akan dijadikan pembakar semangat untuk saya terus memberikan yang terbaik dalam karier seni saya,” katanya ketika ditemui selepas tamat program Gegar Vagazanza 2019 di Auditorium MBSA pada malam Ahad.
Selain Jihan Muse Keluarga Bahadon turut dibintangi Remy Ishak, Khir Rahman, Sabri Yunus, Namron, Sharifah Aleysha, Mark Adam, Melissa Campbell, dan Susan Lankester.