Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Berhijab Tak Semestinya Tak Boleh Berfesyen” - Cantiknya Penampilan Ummi Nazeera & Abang Di KLFW!

Azwa Rahman
19/08/2022 08:48 MYT
Penampilan adik-beradik terhangat Ummi Nazeera dan abangnya, Datuk Nazreem Musa di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) mencuri perhatian ramai.

Hadir bagi menyokong pereka fesyen terkenal Kit Woo, kedua-dua figura itu tampil sebagai pasangan di acara fesyen tahunan yang berlangsung di pusat beli-belah terkenal Pavilion, Kuala Lumpur.

Menerusi laman sosial Instagram, Ummi berkongsi koleksi foto dan video ketika berada di pertunjukan fesyen tersebut untuk tatapan umum.

“Another day with my brother @nazreemmusa and friends at #klfw2022,” tulisnya di ruangan kapsyen.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)


Ummi tampil mengenakan persalinan jaket ‘oversized’ berona hitam lengap bercermin mata manakala Nazreem memakai sut bertali gabungan warna biru dan putih.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap penampilan dua beradik itu yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen negara.

Malah, keakraban Ummi bersama abangnya turut menjadi tumpuan ramai.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)


“Suka tengok dua beradik ni,” komen seorang wargamaya.

“Dua beradik ni paling gojes,” ujar seorang wargamaya.

“Semua Ummi pakai lawa. Dalam drama pun lawa,” puji seorang wargamaya.

“Terbaik! Berhijab tak semestinya tak boleh berfesyen,” tulis seorang wargamaya.

“Lovenya tengok bonding abang dan adik,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan oleh warga Instagram.
#Nazreem Musa #Abang Ummi Nazeera #Ummi Nazeera KLFW
;