Tahukah anda disebalik kegembiraan yang kita rasai di sini, ada ramai lagi insan yang sedang menderita dan memerlukan bantuan seperti penduduk Palestis di Syria dan Yaman?

Sehingga kini ramai lagi penduduk di sana yag masih berdepan dengan krisis isu kemanusiaan serta terbaharu dilanda musibah gempa bumi ketika musim sejuk.

Sempena Ramadan ini, besar pahalanya jika kita dapat berikan sedikit senyum dan tawa kepada mereka dengan bersedekah serta memberikan sumbangan kepada yang memerlukan di sana.

Kehidupan penduduk di sana amat sukar dan memerlukan sokongan penuh masyarakat khususnya dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan.

Manfaat bersedekah tidak terikat kepada yang menerima bantuan sedekah, tetapi impak kepada pemberi sedekah. Contohnya mereka yang bersedekah secara rohaninya akan lebih tenang dan ia sebagai satu usaha mendidik hati untuk lebih istiqamah melakukan kebaikan.

Justeru, Pertubuhan Aman Palestin menganjurkan Kempen Ramadan Bersamamu. Kempen ini sudah bermula pada pertengah februari lalu sehingga 1 Mei 2023.

Ramadan Bersamamu dilaksanakan dengan mengumpulkan dana untuk disampaikan kepada mereka yang berada di Palestin Syria dan Yaman.


Aman Palestin menyediakan pilihan kepada semua untuk menyumbang dalam pakej-pakej berikut:
#1 Bakul Ramadan RM200
#2 Wakaf Ramadan RM100
#3 Hadiah Raya RM150
#4 Tajaan Iftar RM50
#5Tabung Ramadan RM10



Usaha Aman Palestin bagi mengimarahkan bulan Ramadan di Palestin Syria dan Yaman termasuk di Masjid Al-Aqsa dan pembinaan Masjid Syeikh Khalil, Beqaa, Lubnan.

Jadi mari perbanyakkan pahala dengan beramal dan bersedekah dengan Kempen Ramadan Bersamamu anjuran Aman Palestin ini sekarang.

Sumbangan boleh dilakukan menerusi website jommenyumbang.com atau hubungi talian 03 8926 7019