Laman Utama

“Beri Kesan Kepada Saya Sehingga…”- Sarah Hildebrand Asma & Alergi Selepas…

gempak
Syafiqah Jalal
23/04/2021
01:05 MYT
Sponsor Banner
“Beri Kesan Kepada Saya Sehingga…”- Sarah Hildebrand Asma & Alergi Selepas…
Pelakon Sarah Hildebrand mendedahkan penyakit asma dan alergi yang dialami menjadi teruk sejak kebelakangan ini.
Sarah, 30, berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya memberitahu perubahan cuaca mengganggu masalah kesihatannya.
“Berapa ramai orang ada asma atau alergi?
“Cuaca tidak menentu sekarang ni, dari keadaan terlalu panas tiba-tiba hujan suhu terus turun, setiap hari begini.
“Perubahan cuaca begini menyebabkan penyebaran habuk, debu serta kulat dan ia memberi kesan yang sangat teruk pada diri saya.
“Macam-macam dah berlaku di negara kita sekarang ini dan ia juga memberi kesan pada diri saya sehingga menjadi satu alahan atau alergi kepada benda-benda yang mengarut,” katanya.
Dalam entri yang sama, Sarah memuat naik fotonya yang sedang menerima gas nebulizer yang difahamkan diambil dari sebuah klinik.
Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.
Sarah yang juga model dan pengacara itu memulakan kerjaya lakonannya bermula pada tahun 2015 dengan telemovie Hujan Pagi di Astro Prima.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live