Penyanyi Zarul Husin mengakui banyak menolak tawaran lakonan kerana ingin memberikan fokus kepada bidang nyanyian.

Muncul dengan single terbaru yang berjudul Remuk, Zarul juga sedang sibuk dengan program Mentor Legend.

“Buat masa ini, saya memberikan fokus untuk mempromosikan Remuk dan saya juga sangat sibuk dengan Mentor Legend.

“Saya banyak menolak tawaran lakonan yang tak bersesuaian dengan jadual saya. Ada beberapa drama bersiri serta telemovie saya tak dapat jayakan.

“Tetapi jika ada tawaran yang kena dengan masa saya, insya-Allah saya akan menerimanya,” kata Zarul.

Keputusan untuk memberikan lebih fokus kepada dunia nyanyian adalah kerana single Remuk yang baru sahaja dilancarkan.

“Setelah lebih dua tahun Gegar Vaganza tamat, baru saya berpeluang muncul dengan single baru. Jadi, biarlah saya memberikan tumpuan kepada Remuk untuk kembali menpromosikan muzik saya,” katanya lagi.

Bernaung dibawah NADCS Entertainment, lagu Remuk mendapat kerjasama syarikat edaran Indigital dan boleh didengari serta dimuat turun di platform digital seperti Joox, iTunes, YouTube, Spotify dan banyak lagi.


Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Zarul