,
Berita

Beri Laluan Acara Lumba Basikal, LEKAS Ditutup Sabtu & Ahad Ini

Awani
08/10/2024
10:25 MYT
Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) akan ditutup Sabtu ini mulai 5 petang hingga 4 pagi Ahad bagi memberi laluan kepada acara lumba basikal RHB LEKAS Highway Ride 2024.

Mohon rancang perjalanan

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata acara berkenaan akan dimulakan pada 7.45 malam (Sabtu) dan antara jalan terlibat adalah kilometer dua LEKAS menghala ke Seremban, LEKAS ke arah Bandar Teknologi dan susur masuk LEKAS ke Semenyih.

"Turut ditutup LEKAS ke Ecohill, Jalan Bangi Lama ke LEKAS dan Jalan Eco Majestic menghala ke LEKAS," katanya dalam satu kenyataan.

Naazron menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan mereka pada hari tersebut dan mengelak daripada melalui jalan terlibat selain mematuhi arahan pegawai dan anggota polis yang bertugas.
"Kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar dan selamat," katanya.
Sumber: AWANI menerusi Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas 17 Tahun, Ini Sebab Jovian Mandagie Hentikan Operasi Jenama Fesyen - "Saya Mula Sedar Bahawa..."

gempak
10/05/2024
04:00 MYT
Datuk Jovian Mandagie mengumumkan telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara jenama fesyennya, Jovian Mandagie dan Jovian ready-to-wear setelah 17 tahun berada dalam dunia fesyen.
Terkini

Selepas Isu Stoking Kalimah Allah, KK Supermart Jementah Pula Diarah Tutup Sebab Tak Asingkan Minuman Keras

gempak
22/03/2024
01:55 MYT
Kedai serbaneka KK Supermart & Superstore (KK Supermart) cawangan Jementah, Segamat diarah menutup operasi serta-merta selepas dikesan tidak mengasingkan minuman keras dan minuman biasa di premis itu, kelmarin.
Laman Utama

Jumpa Syiling Pelik, Jualan Merosot, Adib Bananadibs Tutup Cawangan Di Melaka - "Ada Orang 'Hantar' Benda Supaya ..."

gempak
21/12/2023
08:50 MYT
Kedai Adib kena sihir?
Laman Utama

Mini Cooper Biru Erysha Emyra Rentung Terbakar Tepi Highway!

gempak
02/11/2023
02:03 MYT
Simpati dengan nasib pelakon cantik ini.
Laman Utama

Fenomena Cuaca Panas, KPM Benarkan Tutup Sekolah Dengan Syarat

gempak
30/04/2023
04:45 MYT
KPM benarkan sekolah tutup.
BorakSeeni