Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Beri Laluan Acara Lumba Basikal, LEKAS Ditutup Sabtu & Ahad Ini

Awani
08/10/2024 10:25 MYT
Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) akan ditutup Sabtu ini mulai 5 petang hingga 4 pagi Ahad bagi memberi laluan kepada acara lumba basikal RHB LEKAS Highway Ride 2024.


Mohon rancang perjalanan


Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata acara berkenaan akan dimulakan pada 7.45 malam (Sabtu) dan antara jalan terlibat adalah kilometer dua LEKAS menghala ke Seremban, LEKAS ke arah Bandar Teknologi dan susur masuk LEKAS ke Semenyih.

"Turut ditutup LEKAS ke Ecohill, Jalan Bangi Lama ke LEKAS dan Jalan Eco Majestic menghala ke LEKAS," katanya dalam satu kenyataan.


Naazron menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan mereka pada hari tersebut dan mengelak daripada melalui jalan terlibat selain mematuhi arahan pegawai dan anggota polis yang bertugas.

"Kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar dan selamat," katanya.

Sumber: AWANI menerusi Bernama
#Tutup #Highway #Lekas #Acara Larian
;