Hiburan
Beri Nama Tyara, Tyra Kamaruzzaman Selamat Bersalin Anak Sulung
Pempengaruh media sosial, Tyra Kamaruzzaman selamat melahirkan cahaya mata sulungnya iaitu pada tanggal 19 Januari 2025.
Beri nama Tyara
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram sambil mempamerkan foto Tyra atau nama lengkapnya Athirah Kamaruzzaman bersama suami iaitu Imran Rijal bersama puteri sulungnya yang diberi nama Tyara.
Tyra dan Emran meluahkan rasa syukur atas kehadiran zuriat yang dikurniakan Allah SWT dalam hidup mereka.
“Kami telah menyambut kehadiran malaikat kecil kami yang penuh keberkatan, Tyara binti Emran pada pagi 19 Januari 2025,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.
“Congratulations, So happy for the both of you.
“Tahniah buat Tyra dan suami.
“Alhamdulillah, tahniah Tyra,” komen beberapa netizen
Sekadar info, Tyra dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman
Pada majlis nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.