Usahawan dan selebriti popular Neelofa memohon dirinya diberikan ruang berhubung isu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan dakwaan berbulan madu di Langkawi.

“Berhubung isu tersebut saya mohon diberikan ruang untuk menyelesaikannya secara profesional dan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak yang berkaitan.

“Itu saja permintaan saya...Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan,” katanya.

Neelofa ditemui ketika Majlis Pelancaran Fipper X Neelofa di Hotel Marriot, Putrajaya pada petang tadi (Isnin).

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai tindakan akan dikenakan sekiranya didapati bersalah melanggar SOP, Neelofa enggan mengulas lanjut.

“Saya rasa tidak perlu untuk mengulas tentang perkata tersebut. Ada tindakan atau tidak biar saya settle sendiri.

“Jika ada perkembangan terkini saya akan maklumkan dan kita tengok nanti apa yang perlu dilakukan,” katanya.