Laman Utama

“Beri Saya Ruang” - Kak Girl Tampil Imej Baru, Tak Mahu Kongsi Kisah Peribadi

gempak
Azwa Rahman
22/06/2021
04:00 MYT
Sponsor Banner
“Beri Saya Ruang” - Kak Girl Tampil Imej Baru, Tak Mahu Kongsi Kisah Peribadi
Personaliti media sosial dan pelakon Nur Amira Maslan atau lebih dikenali sebagai Kak Girl kini tampil dengan imej tidak bertudung.
Menerusi laman sosial Instagram, Kak Girl berkongsi beberapa keping foto terkininya untuk tatapan umum.
Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah salah satu foto tidak bertudung itu turut disertakan dengan kapsyen berbentuk luahan perasaan.
“Ada certain things yang kita rasa kita boleh handle tapi sebenarnya tak. Ada certain things yang kita rasa boleh kuat tapi sebenarnya tak. Kadang-kadang kita terlalu menjaga hati orang tanpa fikir diri sendiri. Kadang-kadang kita terpaksa ikut kehendak orang, walau kita ada kehendak sendiri.
“Bertahun lamanya cuba jadi yang terbaik. The best version of me orang kata. Ya, saya ikut. Ya, saya okay. Ya, saya boleh. Ya, saya dengar. Dok dengar je apa yang orang nak kita buat. Tapi still takde yang benar-benar menghargai. Saya tak salahkan sesiapa selain diri sendiri.
“Maaf mungkin ramai kurang selesa tapi saya sedang menjadi diri saya sahaja. The real me. The one who lost for lots of years, mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. I didn’t make myself as a priority before, and now its killing me.
“Tak kira apa orang kata, i need space for myself, really and I don't owe anybody an explanations. Saya berada dalam keadaan yang saya rasa i had enough and biarlah saya rawat kecewa ini sendiri,” tulis Kak Girl di ruangan kapsyen.
Tambah bekas penyampai radio ini lagi, dia memohon maaf jika penampilannya kini berbeza dan memohon orang ramai untuk mendoakannya.
“Saya masih orang yang sama. Cuma mungkin kali ini kelihatan sisi yang berbeza,” jelasnya lagi.
Malah, ruangan komen pada foto tidak bertudung itu juga telah ditutup.
Menerusi pemerhatian Gempak juga, foto-foto bersama suami Osman Ali juga telah dipadam, termasuklah sewaktu majlis perkahwinan.
Imbas kembali, Kak Girl diijabkabulkan dengan Osman pada 11 November 2020 bertempat di Pejabat Agama Kadir, Johor Bahru.
Terdahulu, Kak Girl pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 di Johor Bahru.
Pasangan itu kemudiannya bercerai pada Oktober 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Johor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live