Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Beri Tetamu Door Gift ‘Rare’… Wanita Ini Turut Terima Ucapan Tahniah Dari Jenama Mi Segera!

Azwa Rahman
17/09/2019 09:42 MYT
Tindakan seorang wanita yang memberikan mi segera kepada semua tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya menjadi sebutan wargamaya di internet.

Menerusi laman Twitter, wanita dengan nama @ctnajihahz berkongsi beberapa foto cenderamata kepada tetamunya dan perkara itu mendapat perhatian ramai.

“Dari sekolah lagi dah cakap dengan parents kalau kahwin I nak bagi Maggi dekat tetamu as a door gift,” tulis wanita itu menerusi satu kicauan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kicauan tersebut nampaknya turut menarik perhatian Maggi Malaysia sehingga membuatkan mereka memberikan respon.

Malah, mereka turut memberikan ucapan selamat pengantin baru dan memberikan penghargaan kepada pasangan pengantin tersebut kerana memilih jenama mi segera terbabit untuk diberikan kepada tetamu yang hadir.

“Salam @ctnajihahz, kami dari MAGGI ingin mengucapkan TAHNIAH dan Selamat Pengantin Baru! Kami sungguh berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada majlis perkahwinan anda,” tulis jenama tersebut menerusi akaun rasmi mereka.

Malah, pemberian mi segera tersebut turut dijadikan inspirasi kepada warga Twitter lain yang bakal mengadakan majlis perkahwinan mereka kelak.

Kicauan daripada wanita tersebut sehingga kini menerima hampir 9,000 ulang kicau dan 12,000 tanda suka daripada warga Twitter.
#Perkahwinan #Cenderamata #Kenduri
;