HIBURAN
Beri Ucapan Hari Lahir, Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Rindu Terhadap Ayden & Ara - “Cucunda Berdua Adalah Penyambung…”
Ibu kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil menzahirkan rasa rindu terhadap cucunya Ayden Adrean dan Ara Adreana.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti Hafiza menitipkan ucapan ulang tahun sempena kelahiran dua cucunya itu.
“Umi Wan dan Tok Ayah sentiasa mendoakan cucunda berdua agar membesar dengan sihat dan bahagia," tulisnya.
Meskipun terpisah kerana jarak namun Siti Hafiza sentiasa mendoakan kebahagiaan buat
kedua-dua cucunya itu.
"Walaupun kita dipisahkan oleh jarak, kasih sayang dan cinta kami takkan pernah pudar. Cucunda berdua adalah penyambung keturunan kami, Masya-Allah.
"Berpisah di dunia hanya sementara. Inshaa-Allah, dengan izin Allah, kita akan berkumpul lagi di akhirat. Be happy my darlings. We will love you both till infinity. Aamiin Allahumma aamiin," tambahnya.
Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Bagaimanapun, pasangan ini telah berpisah pada 12 Jun 2024 selepas Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac 2024.