"Berikanlah Dia Kekuatan Mengharungi Membawa Nyawa Baru .." - Saharul Ridzwan

Zulaikha Yusof
Disember 18, 2019 23:22 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan akui berasa kasihan melihat keadaan isterinya, Qaabila Deena Emir yang sedang hamil anak kedua.
Menurut Saharul perwatakan Deena sangat berbeza berbanding ketika mengandung anak sulungnya, Muhammad Luth Ali.
"Dua tiga hari ni, selalu saya tenung muka dia waktu dia tidur.
"Nampak kepenatan dia waktu mengandung kali ni. Berbeza waktu mengandungkan Ali dulu.
"Kali ni dia malas nak bersiap, nak ambik gambar pun tak ada mood, update Instagram sendiri pun dah lupa kot.
"Asyik terbaring je sebab penat sangat, dah lepas 1st trimester ni pun still muntah-muntah lagi. Terima kasih sayang," tulisnya menerusi akaun Instagram (IG).
Dalam pada itu, Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim berharap moga Allah berikan kekuatan kepada isterinya sehingga bersalin.
"Besarnya pengorbanan awak sebagai isteri dan juga ibu.
"Kalau boleh saya hadiahkan apa-apa untuk pengorbanan awak ni, saya akan usahakan tapi awak tak ada mintak apa-apa pulak.
"Ya Allah kurangkanlah keletihan isteriku. Berikanlah dia kekuatan mengharungi membawa nyawa baru dalam hidup kami sekeluarga.
"Ampunkanlah segala dosa-dosanya, limpahkanlah rahmatmu kepadanya dan jadikanlah aku sebaik-baik suami kepadanya. Amin Ya Rabb. Terima kasih sayang," tulisnya lagi.
Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.
#Saharul Ridzwan #Deena Emir