Pencarian kumpulan tarian Borneo terbaik bermula sekarang!

Ya...Juh Battle adalah sebuah program realiti yang mempertandingkan tarian dihasilkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina di bawah Enfiniti (M) Sdn Bhd.

Dihoskan oleh artis Hip-Hop dan deejay terkenal Arabyrd, program ini akan dijurikan oleh beberapa ikon tarian hebat seperti Suhaili Micheline, Raziman Sarbini dan Boojae Fadzil.

Menurut Tiara, beliau sentiasa terpukau dengan semangat dan energi para penari dari Sabah dan Sarawak.

Beliau berpendapat, tarian adalah sebahagian daripada kehidupan dan budaya masyarakat di sana.

"Saya sentiasa terpukau dengan tenaga dan semangat mereka yang membuat persembahan dari Sarawak dan Sabah, tarian telah menjadi sebahagian daripada budaya dan kehidupan mereka.

"Bagi saya, tarian mampu memberi keceriaan dan menjadi salah satu cara untuk menghilangkan stress.

"Saya teruja untuk melihat para penari yang berkebolehan mengekspresikan diri mereka melalui pergerakan, dan sudah tentu saya mahu lihat mereka membuat persembahan di peringkat profesional.

"Kita juga sudah lama tidak menonton program realiti tarian di kaca TV, itulah yang membuatkan kami sangat bersemangat!" katanya kepada Gempak.

Memandangkan pandemik COVID-19 masih belum berakhir, pihak Enfiniti akan sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) dan melaksanakan segala proses dalam suasana norma baharu.

Justeru, uji bakat secara online akan diadakan sementara hos dan proses pertandingan akan dirakam di Auditorium Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching. Manakala segmen melibatkan juri-mentor akan dirakam di Enfiniti Black Box Theatre, Kuala Lumpur, juga akan melalui platform online.

Juh! Battle akan mengajar para peserta tentang kepentingan memiliki impian dan cita-cita selain usaha keras, disiplin, integriti dan macam-macam lagi.

Para peserta mestilah terdiri daripada rakyat Malaysia yang tinggal di Sarawak dan Sabah berumur sekurang-kurangnya 15 tahun.

Jika kumpulan anda terpilih, pihak Enfiniti akan menghubungi anda untuk tindakan lanjut. Tarikh akhir untuk menghantar penghantaran adalah pada Selasa, 31 Ogos 2021.

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan lebih terperinci, anda boleh membaca perkongsian di Instagram @enfinitymy seperti di bawah.

Semoga berjaya!

A post shared by Enfiniti (M) Sdn Bhd (@enfinitimy)