Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Berita Besar Yang Saya Simpan Selama Dua Tahun" - Nik Qistina Dedah Sudah Berkahwin

Asraf Aided 29/05/2020 | 08:00 MYT

Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing, Nik Qistina mendedahkan dia sebenarnya telah mendirikan rumah tangga.

Namun menurut Qistina, dia memilih untuk merahsiakan perkara itu selama dua tahun sebelum ini.

"Saya ingin berkongsi berita besar yang telah saya simpan selama dua tahun, saya sebenarnya sudah berkahwin," tulis Qistina di Instagram.

Dalam pada itu, Qistina turut mendedikasikan kata-kata manis buat suaminya, Nik Syahiran.

"Terima kasih sayang kerana sudah mengharungi susah senang bersama saya, awak juga selalu memberi semangat kepada saya agar tidak mudah berputus asa.

"Sayang, saya tahu saya bukan yang terbaik dan saya telah lakukan pelbagai kesilapan, tetapi dengan adanya awak di sisi, saya tahu saya boleh cuba untuk jadi yang lebih baik.

"Terima kasih kerana sentiasa menjadi diri sendiri, kekal bersama saya selamanya, saya sayang awak," tulisnya lagi.

Sharing you a big news that I've been keeping for the past 2 years. Yes, I am married! ⁣⁣⁣?⁣ ⁣⁣⁣⁣ Thank you sayang for being there thru our ups & downs, for never giving up, for always encouraging me to try again, a little more harder, everytime I'm about to give up.⁣⁣ ⁣ Sayang, I know I'm not the best person in the world, and I've made plenty of horrible mistakes but with you by my side, I know I can continuously get better & one day be the person I dream to become.⁣⁣ ⁣⁣Thank you for being you, please stay with me forever kay? I love you so much ❤️⁣⁣ ⁣⁣ P.S, to all the guys that took my niceness for granted and thinks i have feelings for you just because i am being nice.

A post shared by NIK QISTINA ? (@onlynikqistina) on

Terdahulu, Qistina telah berentap di pentas Dansa Dan Sing bersama para peserta lain.

Namun perjalanannya dalam pertandingan itu terhenti apabila dia tersingkir pada minggu ketiga.

#Kahwin #Kahwin #Dansa Dan Sing #Nik Qistina
;