Hiburan

“Berita Gembira Berat Dah Naik 1 Kg, Yang Sayunya Baby D…” – Abby Abadi Mohon Doakan Anak

gempak
Mya Amri
27/11/2019
23:23 MYT
Sponsor Banner
“Berita Gembira Berat Dah Naik 1 Kg, Yang Sayunya Baby D…” – Abby Abadi Mohon Doakan Anak
Pelakon Abby Abadi berkongsi perkembangan terbaru mengenai anaknya, Muhammad Danial Firman yang masih menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Menerusi entri terbaru diakaun Instagramnya, Abby memaklumkan Danial masih bernafas menggunakan bantuan mesin.
Tambah Abby lagi, walaupun berat anak kesayangannya itu sudah bertambah namun terdapat beberapa perkara yang membimbangkan.
Abby juga memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan Danial.
“Muhammad Danial Firman Faizal. Tepat 12 tengah malam (28November2019) dah 63 hari usia Baby D kita. Syukur… Alhamdullillah.
“Terima kasih ALLAH. Maaf sebab tak kerap sangat update pasal Baby Danial ni... Takut tersalah info huhu.
“Malam ni ada sedikit yang saya boleh kongsikan tentang Baby D. Ada berita gembira dan ada berita sayu. Yang gembiranya ialah beratnya dah 1kg.
“Dan yang sayunya Baby D masih bergantung pada bantuan mesin utk bernafas. 83%. Saya lama tak tengok yang tu sebab sibuk nak tahu pasal berat badan dengan susu yang diperlukan je. Suami @jaiezzany yang perasan peratusan tu tadi
“Banyak lagi isu lain yang memilukan sebenarnya... Cuma saya berserah segalanya kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas segala. Sudah pasti DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.
“Mohon doa berterusan ya sahabat di sini untuk baby Muhammad Danial Firman Faizal kami. Doakan Baby D terus kuat dan bertahan hingga berada dalam pelukan Mama Abahnya... Amin,” tulisnya.
Terdahulu, Abby melahirkan Danial pada 27 September lalu di Hospital Sungai Buloh secara pembedahan selepas mengalami tanda-tanda untuk bersalin.
Pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi dan ibu. Bayi pra-matang tersebut dilahirkan hanya seberat 535 gram sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live