Laman Utama

Berita Kematian M Daud Kilau Tular, Isteri Tampil: “Dia Dirawat Di Hospital Dan…”

gempak
Shahrin Zulkifle
10/09/2022
04:30 MYT
Sponsor Banner
Berita Kematian M Daud Kilau Tular, Isteri Tampil:  “Dia Dirawat Di Hospital Dan…”
Mesej tular dalam media sosial mengenai Datuk M Daud Kilau yang kini dirawat di hospital akibat masalah paru-paru berair dikatakan telah meninggal dunia adalah tidak benar.
Perkara itu dinafikan isteri penyanyi veteran itu, Datin Rohani Awang Ngah.
Menurut Rohani, suaminya sudah menunjukkan tanda-tanda pulih selepas sesak nafas sehingga terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan pada malam Rabu lalu.
Dia turut mengakui sudah melihat mesej tular yang mengatakan suaminya sudah meninggal dunia.
Malah, dia turut menerima banyak panggilan daripada rakan-rakan yang bertanyakan kebenaran mengenai perkara tersebut.
“Mesej itu tidak benar, Datuk masih dirawat di hospital malah keadaannya bertambah baik.
“Doktor pun sudah tukar paras oksigen yang lebih rendah pada alat bantuan pernafasan, dia pun sudah boleh bercakap.
“Saya sudah biasa terima mesej sebegini, setiap kali Datuk masuk hospital, pasti ada mesej-mesej sebegini. Saya sudah biasa, tak apalah,” katanya.
BACA: M Daud Kilau Kritikal Alami Sesak Nafas
Penyanyi berusia 84 tahun itu sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan telah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan pada tengah malam Rabu selepas mengalami sesak nafas.
Sepanjang rawatan, beliau dalam pemantauan rapi doktor dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sumber – Awani, Utusan Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024