HIBURAN

Berjauhan Dengan Anak, Ada Sebab Kak KM Suruh Nabila Potong Rambut - “Tukar Angin, Buang Benda Yang Tak Elok”

Mya Amri 19/07/2025 | 05:55 MYT
Usahawan sensasi dan personaliti media sosial, Kak KM akui masih cuba menyesuaikan diri apabila berjauhan dengan anak sulungnya, Nabila.

Cabaran berjauhan dengan anak

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, pengalaman ini bukan sahaja memberi cabaran buat anaknya yang pertama bekerja tetapi juga kepada dirinya sebagai seorang ibu.

Dalam pada itu, Kak KM juga menasihati anaknya untuk melakukan perubahan dari segi penampilan memulakan fasa baharu dengan lebih positif.

“Saya suruh dia potong rambut, suruh tukar angin. Buang benda benda yang tidak elok, tukar semua. Jadi sekarang dia nampak macam lebih ceria,” ujarnya.

BERITA TRENDING:Kak KM Jawab Isu Anak Didakwa Terlalu Seksi - “Jangan Sibuk Hal Orang, Aku Tahu Bahagian…”

BERITA TRENDING:"Aku M*ti Dia Tanam, Dia M*ti Aku Tanam" - Kak KM

BERITA TRENDING:“Suara Tak Semangat Macam Selalu” – Netizen Risau Tengok Keadaan Kak KM Menangis Sambil Masak Sebab Rindu Anak

BERITA TRENDING:Kak KM Menangis Anak Nak Masuk Universiti - “Nanti Kalau Faris Lapar Macam Mana?”

BERITA TRENDING:Kak KM Tak Pernah Perlekehkan Suami, Jaga Hubungan Rumah Tangga - "Kena Banyak Bersabar, Kekalkan Spark Macam Zaman Bercinta"


Terdahulu, Nabila kini sedang menjalani kehidupan baharu sebagai pramugari bersama Singapore Airlines.

Perpisahan jarak jauh buat pertama kali ini, nyata menjadi ujian emosi buat si ibu yang selama ini cukup rapat dengan anaknya.

#Anak #Potong Rambut #Nabila #Anak Sulung #Kak KM #Liana Rosli