Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Berjaya Berhenti Minum Kopi, Jaclyn Victor Ada Azam Lain Untuk Dilunaskan Tahun Depan

Izwan Isa
29/12/2022 12:00 MYT
Setiap kali tibanya tahun baharu, pasti ramai antara kita yang memasang azam untuk dilaksanakan.

Selain memasang azam untuk menurunkan berat badan dan mendirikan rumah tangga, ramai juga yang memasang cita-cita untuk memperbaiki diri dan menjadi yang terbaik.

Namun, lain pula kisahnya dengan penyanyi Jaclyn Victor. Bintang Gegar Vaganza 9 itu mendedahkan, dia pernah berazam untuk berhenti minum kopi dan azamnya itu berjaya dilunaskan tahun ini.

“Tahun lepas, saya berazam untuk berhenti minum kopi. Bukan atas sebab nasihat doktor tapi memang saya nak berhenti. Mungkin terlalu banyak minum kot.

“Masa 31 Disember 2021 lalu, saya terus cakap nak berhenti dan akhirnya berjaya. Awal-awal susah tapi selepas beberapa ketika saya berjaya berhenti minum kopi sampai sekarang,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Jac masih belum memasang azam untuk tahun 2023. Cuma, dia ingin mengamalkan hidup yang lebih sihat dan menghabiskan masa bersama keluarga.

“Azam tahun baharu masih belum difikirkan lagi. Sebab selalunya azam tahun baharu datang hujung-hujung bulan.

“Tapi, saya rasa saya mahu jalani hidup yang lebih sihat, kerap bersenam di samping menghabiskan lebih masa dengan anak-anak,” katanya.

Ditanya apakah perancangan untuk kariernya untuk tahun depan, Jac berkata: “Saya impikan sebuah persembahan ala konsert, tetapi dengan audiens yang kecil. Lebih intimate,” katanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Jaclyn Victor #Azam Tahun Baharu #Minum Kopi
;