Berjaya Dapat Lesen Memandu ‘P’, Aliff Syukri Dah Order Kereta Untuk Ammar Ahyyan
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Ammar Ahyyan berjaya memperoleh lulus ujian memandu.
Menerusi hantaran di TikTok, Aliff teruja melihat pencapaian anaknya yang berjaya memperoleh lesen memandu percubaan (P) itu.
“Hebat anak abah, akhirnya dapat lesen P. Anak abah memang juara. Dah besar dah anak sulung abah yang ini.
“Nanti boleh bawa kereta abah dan kita balik kampung, Ammar bawa kereta,” katanya.
Dalam video sama, Ammar turut meluahkan rasa teruja dengan kejayaannya.
“Saya rasa sangat gembira, bersyukur dan bangga dengan diri sendiri,” ujarnya.
Menariknya, momen spontan Ammar yang sempat ‘membocorkan rahsia’ kononnya bapanya sudah menempah kereta sebagai hadiah khas buatnya berjaya mencuit hati wargamaya yang menonton.
Perkongsian tersebut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-rata turut mengucapkan tahniah kepada Ammar selain terhibur dengan gelagat bapa dan anak ini.
“Sebenarnya ammar ahyan yg mudahkan kerja JPJ tu.. JPJ tu dah tengok video tiktok sebelum ammar ahyan dtg test..
“Alhamdulilah tahniah ammar ahyan
“MASYA ALLAH. TABARAKALLAH. TAHNIAH AMMAR AHYAN.
“Seronoknye bila dgr ayahnye sebut "Hebatnye anak abah.." Mmg hebat la anaknye.. Alhamdulillah,” komen netizen.